Monday, February 21, 2022

i’m a covid fighter 💪🏻💪🏻


Hai Assalamualaikum semua~

Harap semua dalam keadaan sihat walafiat (doakan sis)

Semalam, 20hb, umi start ada simptom. Pagi tu rasa perit sikittt tekak. So umi ingat nak demam biasalah. Then pergilah dengan totok gi makan roti canai kat Waring Bukit (depan kk chendering, sedap!) then pergi shopping kat Mydin.

Masa kat Mydin, umi dah start selesema. Ingatkan sebab cuaca berubah-ubah. Then settle shopping kat bahagian bawah mydin (masa ni seriously tak rasa apa2), pergi naik atas mydin sebab umi nak cari anak tudung yg boleh tutup leher (tapi ku temui kegagalan.. sobb), lama jugak lag duk atas mydin tu. Then selesema umi makin teruk. Haaachooo! Bersin!

Okaylah, settle gi shopping, pergilah bayar. I bayar pakai boost tau, hehek! Dapatlah off RM8 😋 yuhuu happy lah untuk orang yg broke macam umi 🤣

Then umi & totok pun pergi makan kat mamak sebelah mydin tu. Ayam dia sedapp. Settle makan, balik rumah.. Umi x ingat umi buat apa kat rumah rasanya duk main game zombie dalam phone tok (adik umi yg download mak aihhhh ketagihh!!)

Andd masa nii umi dah start bersin non stop. Rasa pelik! Non stop kayy non stop 🚨

Petang dalam jam 6, umi pergi pasar malam.. masa ni mmg dah slowly selesema n bersin (ku cuba sorokkan dari ramai org ya, takut org salah faham sebab x rasa kena kobid lagi). Settle beli makanan kat pasar malam, umi singgah kejap rumah umi sebab nak ambik laptop (meeting shaklee). Balik rumah, umi x ingat tapi adik umi si zahidah kat ruang tamu, dia bagitahu idah selesema, husna demam. Masa ni umi macam pelik dahh. Yela sebab umi pun tetiba selesema. Then tergerak nak pergi cari covid test..

First farmasi umi pergi, umi beli covid test yg air liur. Umi x suka yg ni so beli satu je lah dulu.. otw pergi rumah totok, singgah satu lagi farmasi sebelah kedai iphone, finally! Ada pun yg nasal punya 🙌🏻

Then i balik lah rumah. Since abc, tak makan tak apa lagi, umi terus buat test! And the result is~~~

Double line~~ 🚩🚩

Tapi sebenarnya satu line tu kabur but still boleh nampak merah dia. Then umi apa lagi.. wasap result kat family abi.. then abi bagitau tu bukan positif. Umi nampak abi umi in denial yg anak dia positif..

Umi up status yg umi konfius result test, and you know what.. semua cakap positif! 😆 hamboii umi masa tu alaa x de org nak bagi ayat sedap sikit ke.. 🤣🤣

Then jam 930 malam..

Bermulalah meeting.. sepanjang meeting tu umi dah start batuk2, selesema tu x yah cakap lah.. then tengah meeting tiba2 mama call. Guess what, mama bagitau abi positif 🙃 umi masa tu terkejut lah terjerit sikit like “ABI POSITIF??!” (mujur rasanya masa tu mic google meet dah tutup kot)

Then masa ni umi dah start yakin yg memang umi kena covid 🥲

Memang.. umi ada salam dengan abi umi dua-tiga hari lepas.. tapi masa tu dia tak nampak macam demam pon 🤷🏻‍♀️ Sebelum tu, yes, abi ada demam.

Masa abi demam tu, abi mintak umi bagitau tok yg dia demam sebab vaksin. Umi ada rasa pelik sikit lah (sikit je) macam dah kenapa nak suruh dia bagitau alasan dia demam ke tok? 🤷🏻‍♀️ Ke sebab tok ada panggil, dia x nak datang rumah tok so jadikan demam tu alasan.. entahlah.. i dont know..

Okay lah habis call dengan mama, sambung meeting.. Sebenarnya masa tengah meeting tu, tok panggil suruh minum air (boleh dia suruh umi stop bercakap [meeting] 😆)

Settle meeting, kita pergilahh memenuhi panggilan tok. Tok buatkan air limau & air cengkih. Mujur iolls x muntah kay hehe. Sambil tu berselawat laa.. Then tok pun berceritalah cara perubatan covid menurut islam hasil dia main wasap 😆🤍

Korang dengarlah ilmu wasap tok saya ya 😆❤️

Keesokannya~~ umi tak dibenarkan langsung tau nak keluar bilik. Tiap kali nak keluar, tok berbunyi “duk situ jelah!” HAHA.. Jzkk tok masakkan makanan & buatkan air, hantarkan buah 🤍🤍

Umi ada ambik jugak suplemen vitamin c. Sebabnya iolls agak tak tahan yaa plus kita memang nak ikhtiar. Pada asalnya umi tak nak ambik pil2 ni (iolls degil yaa sebab tak larat nak telan) tapi rupa2 nya boleh je telan! Pernah je telan pil Vitalea tapi maybe pil dia lagi besar tu iolls tak larat~

Okaah, setakat ni ni je entry kali ni. Nak dinner pulak tapi tok belum masak lagi 🥲 Kesian pulak dengar tok duk berdehem.. Risau gak dia makin tak sihat (yela, close contact kan)

Anyway, Syafakillah dearself, family & those who affected ❤️

Thursday, February 17, 2022

My First Menstrual Cup~~

 Hello haiii Assalamualaikumm~~

Omg my first blog 😆😆

I sebenarnya tak tahu nak blog apa so i pilih topik ni since i know "menstrual cup" is kind a tabooo lagi kat Malaysia ni hehe.

Alright btw sebelum tu i nak perkenalkan diri i. You guys can call me Umy Sya (hey, nice to know you✌) and i belum berkahwin, and i dah guna menstrual cup ni sejak 2021.

Okaylah, i nak cerita macam mana i boleh rasa nak pakai menstrual cup. Masa tu dalam awal tahun 2021, seorang influencer ni, if korang kenallah, Farah Lee, dia ni bekas isteri host tv3 Elly Iskandar.

Okay, Farah Lee ni dia buat review yang dia dah tak pakai pad dah tiap kali period. Then dia tunjuk menstrual cup ni lepas tu dia cerita cara penggunaan menstrual cup ni. I masa tu macam wowww interesting nya benda ni😲. Kemudian dia baitahu yang menstrual cup ni reusable, maknanya boleh guna balik dan boleh bertahan selama 10 tahun!! I macam jimatnyaaa...

Tak habis situ, Farah Lee cakap brand menstrual cup tu tengah buat giveaway. I masa tu apa lagii pecuttt pergi ig menstrual cup tu dan join giveaway diorang (berakhir dengan tidak terpilih pada hari itu😚).

Tapiiii, i tak terasa pun guyss. Biasanya i ni seorang yang sensitifnya agak luar biasa ya bila tak menang giveaway selalunya i akan merajuk dengan brand tu (😂😂😂 hapolah umy ni). Untuk brand ni i TEKAD nak menang next giveaway diorang hehe since i memang takde duit sangat2 masa tu. So, apa i buat? I jadi followers tegar dioranglah! 😆 Maknanya tiap kali diorang upload post, i like tiap post baru diorang. Bila diorang buat apa2 game kat ig story macam polls atau QnA, i engage dengan diorang.

And hasilnya pada hujung tahun 2021.. tadaaa~




    
    

YES! I did it!! I menang giveaway diorang 💃💃💃

Syukur Alhamdulillah 💚 Finally hihi 🙈

So bermulalah perjalanan umy dengan menstrual cup. Btw I akan ceritakan journey I dengan menstrual cup on next blog! Stay tune💖