Bandar Baru Terengganu
Hari ni umy dgn kawan2 jenjalan kat Bandar Baru 🥳
Tempat dia cantikkkk.. Macam kat Putrajaya but honestly, i like this one more , hihikkk! Joke je lah lupa dah cemana tah yg kat Putrajaya tu dah lama sgt x gi sana hahaha.. Last pergi sana masa umy umur 18 atau 19.. forgot 🤷🏻♀️
Kat sini (Bandar Baru) cantik tau, ada pemandangan semula jadi yg terapeutik haa gitew.. Kehijauan..
Tapiiii
Sampah merata !!
Ya Allah sakitnya mataaa. Tong sampah banyak, but still ! Sampah also everywhere ! Mak aih 🤦🏻♀️
Umy dgn kawan2 (alia & su) nak naik menara tinjau. And sepanjang kitorang naik tu, sepanjang tangga tu lah dipenuhi (taklah dipenuhi haha tapi ada lah 1-2 botol kat tiap tempat tu) dengan botol2 mineral !!
Tu baru otw naik tangga, tak naik atas lagi.. Sampai je kat atas, Ya Allah !! Tong sampah dipenuhi dgn sampah! Sepatutnya kan kalau dah tahu tong sampah tu dah penuh, tak payahlah NEBENG nak buang kat tong sampah situ juga 🤦🏻♀️ Bawa je lah botol2 mineral tu turun sekali, cari tong sampah yg kosong 🤷🏻♀️ Kelakarnya kita orang jumpa 2 jenis tong sampah, yg KOSONG (tipulah kosong tapi obviously TAK FULL) and yg penuhhhh dooh 😤 Ini pelik tapi benar ya..
Dahlah malas nak citer pasal tong sampah je hahaha
Btw kitorang pergi waktu petang. Sekarang musim panas and yes ! Panas terik 🥵 Situ kurang tempat berteduh macam payung semua.. Tempat dia terbuka so better korang prepare topi or payung (macam duk pantai waktu puncak haa gitu 😆)
Oh ya! Setakat ni tak jumpa lagilah khemah jual air situ 🧐 Sebabtu lah kot melambak-lambak botol mineral kitorang jumpa. And if korang nak melawat, yes! Bawak air.
And actually kitorang belum explore habis 🙊 Tak larat kot tempat tu agak besar and panas terik 😆 Masa kitorang banyak dihabiskan dgn gambar. Eh cakap pasal gambar, korang tengok sendiri cemana tempatnya 👇🏻
And masa otw balik, Alia tetibe cakap
“Best gak jogging sini..”
Then su sambung , “Ha..! Sambil tu kutip sampah2 sini, bawk plastik!”
Good idea! Yelah masa muda ni lah tgh sihat walafiat nak kena berbakti pada alam sekitar kan 🥰
Umy masa tu diam je lah.. saya masih di bawah pengaruh kafein.. blur jadinya hahahhaa (gatal sgt minum teh beng pagi tu)
**Disclaimer: banyak gambar kitorang dari fokus kat view 🤣
Main view kat Bandar Baru 👇🏻☺️








