Saturday, June 15, 2024

Rindu Suasana Yang Dahulu

 Dulu, masa zaman belajar, matrikulasi & universiti pertama, diri ni rajin pergi ke surau, pergi ke masjid. Masuk UMT, “cuba” untuk mendapatkan kembali suasana dahulu, join group dakwah, last2 keluar awal dari group tersebut.


Yang sebenarnya aku ni mungkin bukannya mencari redha Tuhan, tapi lebih kepada ketenangan jiwa?


Ya. Aku tak dapat ketenangan jiwa itu semasa berada di UMT. Mungkin lakaran cerita ku dengan surau/masjid sungguh indah semasa di metrik dan universiti pertama ku. (Kenapa universiti pertama? Sebab aku pindah universiti. Sebab tu aku panggil itu universiti pertama)


USRAH DI MATRIKULASI MELAKA (KMM🤍)

Kolej Matrikulasi Melaka 🤍

Teka tempat paling nyaman dan memberi ketenangan di jiwaku sepanjang di KMM🤭 Adakah di cafe? Lereng bukit ditemani sunset?


Kedua-duanya tidak. Jawapannya di surau.

Ya, surau. Tempat yang jauhh dari bilik aku.

Tapi, الله bagi kekuatan untuk rajin ke sana. Tiap maghrib atau isyak mesti terpacak kat sana. Pernah banyak kali juga kot waktu Subuh, (biar aku ni kadang lambat sebab liat bangun 🤣) lagi2 bulan Ramadhan, mesti bergegas ke surau. Aku jalan kemain laju tau hahahah dah surau jauhhh.


Tiap kali maghrib & isyak, seronoknyalahh perasaan masa tu. Dapat dengar ceramah. Dan kakak2 usrah pun rajiin buat ceramah. Seronokk dengar haha tapi sekarang ni ya الله kalau dengar ceramah ni rasa cam malas sikit. Sikiit je lah hehe.

And of course, ada ramai kawan kat sana! Haha ni besst ada my bestie Ira, geng budak surau juga. Pastu Fatin, Fatin tak delah rajin sangat dengan surau tapi kira agak rajinlah hahaa. Oh ya, i dengan Fatin satu aras cuma lain block. I block A, Fatin block B.


Then masa tu baru start berkawan dengan Alya. Mula2 just nampak dia dari jauh je sebab style dia masa tu nampak macam cikgu2. Hahaa selalu jugalah berselisih kat bilik cikgu. (Dulu masa metrik panggil cikgu lagi macam dak2 sekolah)

Then ada Syu! Si kecik and aku kuat gaduh jugalah dengan dia HAHA. Masing2 suka balas mulut but anywayy kitorang baik je hahahaaa. And Ira lah jadi orang tengah tengok kitorang tak nak kalah nii hahaha. Kalau tanya aku, kitorang gaduh pasal apa, aku tak boleh jawab sebab aku tak ingat! Hahahaa

Selain daripada Syu, ada si gadis melayu Wani! Wani agak complicated sama macam i hahahahaa. Kitorang ada habit yg sama masa metrik dulu, kalau tak puas hati, terus blahh dari tempat tu, which is so childish! Gahahahhaaha. Anywayyy most of the time kitorang baik. Rindu juga kat Wani huhuhu rindu nak sembang apa tah aku pon tak ingat hahahaha

Oh ya, Syu Ira Wani classmate tau! Bukan classmate umy. Dulu sebelum umy masuk kelas akaun, umy kelas Sains modul 2 sebelum mintak tukar. So kiranya kitorang kenal dari kelas lah dan amazingnya, relationship umy dengan diorang dah macam sama dengan classmate akaun dah! Amazing! Ni sebab kitorang rajin jumpa kat surau, yes surau! Surau KMM pengikat persahabatan dan kasih sayang kami masa tu 🤍


UitmJ

Ini uni pertama aku. Mungkin banyak kisah tak best tapi tidak pada kisah aku dengan masjid uitmj. Masjid uitmj ni dekattt sangat dengan bilik aku. Tapi bilik aku tingkat 5 rasanya masa tu. Turun je terus nampak masjid, ha macam tu lah berapa dekatnya.

Tapi kan, aku tak rasa sangat perjalanan tu. Mungkin sebab semasa di metrik, jaraknya jauh and aku selaluu jalan laju masa metrik dari bilik ke surau. Yang ni rasa macam, turun2 ehh dah sampai. Dulu masa metrik kena lalu tempat gelap. Takde lampu langsung! Kalau tak bawak phone memang redho habislah redah gelap. So kira more challenging masa metrik and of course the more challenging it is, the journey become more wonderful!


Selepas aku habis study UMT baru aku mula terfikir, mungkin dulu walaupun penuh ujian semasa di metrik & uni pertama, aku merasa keindahan itu dek kerana jiwaku sentiasa terikat pada amaln rohani. Tetapi tidak semasa aku berada di UMT, jiwa aku rasa tak best sungguh. Mungkin sebab aku takde tempat nak lari bila ada ujian? Kalau sebelumnya, paling2 aku lari ke surau atau masjid, atau cari kakak2 usrah ku. Haha itulah umy, siapa suruh tinggalkan amalan rohani 😆 Kan dah takde kakak usrah haha.


Akhir kata, tak tahulah nak gelak ke tak. Dek kerana kelalaian diri ini.